Tuesday 11 March 2014

Bab 9 - Bahan Buatan Dalam Industri

BAHAN KIMIA DALAM PERINDUSTRIAN


SIFAT ALOI DAN PENGGUNAANNYA
Pengaloian – ialah proses pencampuran satu jenis logam dengan yang lain atau dengan karbon
Aloi – ialah hasil pencampuran daripada pengaloian
Sifat aloi : keras, kuat dan tahan kakisan

Aloi
Komposisi
Sifat khas
Kegunaan
Duralumin
Aluminium 95%
Kuprum 4%
Ringan, kuat dan tahan kakisan
Pesawat terbang
Keluli
Besi 99%
Karbon 1%
Keras, kuat
Rangka bangunan. Jambatan, keretapi
Keluli nirkarat
Besi 72%
Kromium 18%
Nikel 8%
Lain-lain 2%
Tidak berkarat dan tahan kakisan
Alat dapur seperti pisau, sudu dan garfu
Loyang
Kuprum 96%
Zink 20%
Kuat, berkilat dan mudah dibentuk
Alat muzik, loceng, tombol pintu
Piuter
Timah 89%
Antimoni 7%
Plumbum 2%
Kuprum 2%
Teguh berkilat , tahan kakisan
Barangan perhiasan seperti pingat
Kuprunikel
Kuprum 75%
Nikel 25%
Kuat, berkilat
Duit syiling
Tujuan pengaloian
  1. menambah kekerasan logam
  2. mencegah kakisan / pengaratan
  3. memperbaiki rupa bentuk logam
hubungkait antara sifat aloi dengan susunan zarahnya


Atom tulen + atom asing ----------------(Pengaloian)--------------à aloi

Asid sulfurik (sulphuric acid) pekat, H2SO4, ialah cecair yang tak berwarna tetapi sangat berbahaya kerana sangat mengkakis (corrosive) dan mengakibatkan kulit melepuh dan melecur.

Asid sulfurik merupakan asid kuat dan asid dwibes.

Asid sulfurik pekat menyerap air dengan mudah. Oleh itu, asid sulfurik pekat biasanya digunakan dalam makmal sebagai agen pengontangan (dehydrating agent) untuk mengeringkan gas seperti hidrogen, klorin dan sulfur dioksida.

Asid sulfurik dihasilkan secara besar-besaran dalam industri melalui proses sentuh (contact process).


Kegunaan asid sulfurik dalam kehidupan seharian

Asid sulfurik adalah bahan kimia penting yang digunakan untuk membuat bahan-bahan pembuatan yang lain.

Asid sulfurik digunakan untuk;
  1. Penghasilan baja (fertilisers). 

    a) Kalsium fosfat, Ca3(PO4)2, dari sumber tanah tidak mudah larut dalam air. Sifat ini menyebabkannya tidak dapat diserap oleh akar tumbuh-tumbuhan. Kalsium fosfat (calcium phosphate) dicampurkan dengan asid sulfurik untuk membentuk baja superfosfat, Ca(H2PO4)2.H2O. Superfosfat sangat larut dalam air dan senang diserap oleh tumbuhan. 

    b) Ammonium sulfat dan kalium sulfat

    Baja ammonium sulfat (ammonium sulfate) dihasilkan melalui tindak balas peneutralan antara larutan ammonia dengan asid sulfurik. Persamaan kimia bagi tindak balas:
    H2SO4(ak) + 2NH3(ak) → (NH4)2SO4(ak) 

    Baja kalium sulfat (potassium sulfate) dihasilkan melalui tindak balas peneutralan antara larutan kalium hidroksida dengan asid sulfurik. Persamaan kimia bagi tindak balas: 
    H2SO4(ak) + 2KOH(ak) → K2SO4(ak) + 2H2O(ce)

  2. Penghasilan serbuk pencuci / detergen (detergent). Alkana (alkanes) yang berantai panjang mula-mula bertindak balas dengan asid sulfurik pekat untuk membentuk asid sulfonik (sulfonic acid) yang seterusnya dineutralkan oleh natrium hidroksida (sodium hydroxide) untuk menghasilkan detergen.
  3. Sebagai elektrolit (electrolyte) dalam akumulator asid plumbum dan dalam pembuatan polimer, bahan plastik, serta pestisid (pesticides).
  4. Membuat pigmen putih bagi cat (white pigment of paint). Asid sulfurik yang bercampur dengan titanium dioksida tulen digunakan untuk membuat pigmen putih bagi cat.
  5. Penghasilan sutera tiruan / gentian tiruan (artificial fibres). Sutera/gentian tiruan terbentuk hasil daripada tindakan asid sulfurrik ke atas selulosa. Sutera/gentian tiruan digunakan sebagai pengganti kapas asli dalam pembuatan kain, karpet, dan paip bomba.



No comments:

Post a Comment