Garam (salts) adalah sebatian ion (ionic compound) yang terbentuk apabila ion hidrogen dalam asid diganti oleh ion logam atau ion ammonium (NH4+).
Formula kimia bagi garam adalah terdiri daripada kation (selain ion hidrogen) dan anion (selain daripada ion oksida dan ion hidroksida).
Kation (cations) dan anion suatu garam diikat oleh ikatan ionik yang kuat (strong ionic bonds).
Garam klorida terbentuk apabila ion H+ dalam asid hidroklorik diganti oleh ion logam atau ion ammonium (NH4+).
Contoh garam terbentuk daripada asid sama:
Asid
|
Nama umum garam
|
Contoh garam
|
Asid Hidroklorik, HCl
|
Garam klorida (chloride salts)
|
NaCl, KCl, CuCl2, ZnCl2, NH4Cl
|
Asid Nitrik, HNO3
|
Garam nitrat (nitrate salts)
|
NaNo3, KNO3, Mg(NO3)2, Pb(NO3) 2, NH4NO3
|
Asid Sulfurik, H2SO4
|
Garam sulfat (sulphate salts)
|
Na2SO4, K2SO4, FeSO4, CaSO4, (NH4) 2SO4
|
Asid Karbonik, H2CO3
|
Garam karbonat (carbonate salts)
|
Na2CO3, CaCO3, MgCO3, ZnCO3, PbCO3
|
Asid diprotic dan asid triprotic mengandungi lebih daripada satu ion H+ yang boleh diganti. Oleh itu, adalah mungkin bagi sesuatu asid itu untuk membentuk lebih daripada satu jenis garam.
Jenis asid
|
Contoh asid
|
Jenis garam yang boleh dibentuk
|
Contoh garam
|
Dibasic acid
|
H2SO4
|
2
|
NaHSO4Na2SO4
|
Tribasic acid
|
H3PO4
|
3
|
NaH2PO4
Na2HPO4
Na3PO4
|
Kegunaan garam dalam kehidupan seharian
Garam (salt) memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Beberapa contoh garam dan kegunaannya dalam kehidupan seharian kita adalah seperti contoh di bawah.
Dalam penyediaan makanan
- Natrium klorida (NaCl, sodium chloride), garam, digunakan untuk perasa makanan (seasoning foods).
- Monosodium glutamat (M.S.G) digunakan untuk menyedapkan lagi rasa makanan.
- Tepung naik sendiri (self-raising flour) mengandungi natrium bikarbonat (NaHCO3, sodium bicarbonate) yang membantu roti dan kek menaik.
Dalam pemeliharaan makanan
- Pemeliharaan makanan (food preservation) membolehkan makanan disimpan lebih lama tanpa kerosakan.
- Natrium klorida (sodium chloride) digunakan sebagai pengawet makanan dalam makanan seperti ikan masin dan telur masin.
- Sodium benzoate (C6H5COONa) digunakan sebagai pengawet makanan dalam makanan seperti sos tomato, sos tiram dan jem.
- Sodium nitrit (NaNO2) digunakan untuk memelihara (preserve) daging yang diproses seperti burger, sosej dan ham.
Dalam pertanian
- Untuk meningkatkan pengeluaran makanan.
- Garam nitrat seperti kalium nitrat (potassium nitrate, KNO3), sodium nitrat (NaNO3) dan garam ammonium seperti ammonium sulfat (NH4)2SO4, ammonium nitrat (NH4NO3), ammonium fosfat (NH4)3PO4 adalah baja bernitrogen (nitrogenous fertiliser).
- Garam seperti kuprum (II) sulfat (CuSO4), ferum (II) sulfat (FeSO4) dan raksa (I) klorida/mercury (I) chloride (HgCl) digunakan sebagai racun makhluk perosak (pesticides).
Dalam perubatan
- Ubat-ubatan anti-asid (antacid medicines) mengandungi kalsium karbonat (CaCO3), dan kalsium hidrogen karbonat (CaHCO3) yang digunakan untuk mengurangkan keasidan (acidity) dalam perut pesakit gastrik.
- Garam hidu (smelling salt) mengandungi ammonium klorida (NH4Cl).
- Plaster Paris yang digunakan bagi menyokong tulang yang patah mengandungi kalsium sulfat.
- Garam Epsom (magnesium sulphate heptahydrate) dan Garam Glauber (sodium sulphate decahydrate) digunakan sebagai julap (laxative) untuk membersihkan usus.
- Kalium permanganat (potassium permanganate, KMnO4) digunakan sebagai antiseptik untuk membunuh kuman.
- Barium sulfat BaSO4 membolehkan usus pesakit kanser perut yang disyaki, untuk dilihat dengan jelas dalam filem X-ray.
- "Iron pills" yang mengandungi ferum (II) sulfat adalah diambil untuk meningkatkan bekalan besi (iron) kepada pesakit anemia.
Kegunaan lain
- Ubat gigi berfluorida mengandungi tin (II) fluoride, SnF2, yang digunakan untuk mencegah kerosakan gigi.
- Silver bromide, AgBr, digunakan untuk menghasilkan filem fotografi hitam putih.
- Natrium hipoklorit (NaOCl, sodium hypochlorite) adalah digunakan sebagai agen peluntur dalam pakaian.
Garam semulajadi
- Lead (II) sulphide (galena, PbS), kalsium fluorida (fluorite,CaF2) dan magnesium sulfat (Epsime, MgSO4) wujud sebagai mineral dalam kerak bumi (earth's crust).
- Batu karang, stalaktit, stalagmit dan batu kapur terdiri daripada kalsium karbonat (CaCO3).
No comments:
Post a Comment