Asid
Asid (acid) ialah bahan yang mengandungi atom-atom hidrogen yang mengion dalam air untuk menghasilkan ion hidroksonium (hydroxonium ions), H3O+.
Ion hidroksonium digambarkan sebagai ion hidrogen yang berpadu dengan molekul air.
H+ + H2O → H3O+ (ion hidroksonium)
Oleh itu, ion hidroksonium H3O+ juga ditulis sebagai H+ (ak).
Apabila gas hidrogen klorida dilarutkan dalam air, molekul hidrogen klorida, HCl mengion untuk menghasilkan ion hidrogen, H+, dan ion klorida, Cl-.
Ion hidrogen kemudiannya berpadu dengan air untuk membentuk ion hidroksonium. Larutan yang terbentuk disebut asid hidroklorik (hydrochloric acid).
Asid juga ditakrifkan sebagai penderma proton apabila larut dalam air kerana ion hidrogen hanya mempunyai satu proton.
Kebesan (basicity) sesuatu asid ialah bilangan atom hidrogen dalam setiap molekul asid yang mengion dalam larutan akueusnya (aqueous) untuk menghasilkan ion hidrogen (hydrogen ions).
Asid dengan setiap molekulnya mengion dalam larutan akueus untuk menghasilkansatu ion hidrogen disebut sebagai asid monobes dan kebesan (basicity) asid ini adalah satu.
HCl → H+ + Cl-
Asid dengan setiap molekulnya mengion dalam larutan akueus untuk menghasilkandua ion hidrogen disebut asid dwibes dan kebesan (basicity) asid ini adalah dua.
H2SO4 → 2H+ + SO42-
Perhatikan bahawa asid etanoik (ethanoic acid) adalah asid monobes. Walaupun satu molekul asid etanoik mengandungi 4 atom hidrogen tetapi hanya satu atom hidrogen mengion dalam larutan akueus untuk menghasilkan satu ion hidrogen.
Jadual di bawah menunjukkan pelbagai asid yang digunakan dalam kehidupan harian.
Nama asid
|
Formula kimia
|
Kebesan (basicity)
|
Asid hidroklorik
|
HCl
|
Satu (monobes)
|
Asid nitrik
|
HNO3
|
Satu (monobes)
|
Asid etanoik
|
CH3COOH
|
Satu (monobes)
|
Asid sulfurik
|
H2SO4
|
Dua (dwibes)
|
Asid karbonoik
|
H2CO3
|
Dua (dwibes)
|
Asid fosforik
|
H3PO4
|
Tiga (tribes)
|
Kebesan (basicity) bagi beberapa asid yang tertentu.
Nama asid
|
Penggunaan
|
Asid sulfurik
|
Membuat baja kimia, detergen, polimer, dan sebagai elektrolit
bagi akumulator asid-plumbum
|
Asid nitrik
|
Membuat baja garam nitrat, bahan letupan dan plastik
|
Asid hidroklorik
|
Menghilangkan karat, mencuci logam untuk disadur elektrik
|
Asid metanoik
|
Membeku susu getah
|
Asid benzoik
|
Mengawet makanan
|
Asid etanoik
|
Membuat cuka dan mengawet makanan
|
Penggunaan asid.
No comments:
Post a Comment